BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, April 7, 2012

sebuah cinta dalam mimpi..

tersedar lagi dari mimpi..melihat jam di sebelah katil mewahnya..tepat jam 2.45pagi..ah waktu yang sama..mimpi yang sama..tetapi kadangkala dalam versi yang agak berbeza..wataknya juga sama..seorang perempuan..berteleku di dada sejadah..menangis hiba..sambil mendakap al quran..memandangnya dengan renungan penuh bermakna seperti mengharapkan sesuatu darinya..persoalan yang kerap kali muncul di benaknya..siapa perempuan itu?dia tidak pernah melihat wajah perempuan tersebut sebelum ini..mana tidaknya,semua perempuan yang dikenalinya jangankan al quran membaca bismillahnya jugak mungkin tidak pernah.bingung dalam konotasi yang mencengkam.cuba menyambung tidurnya tetapi tidak lena.


arghhh..smpai bila nak terus mcm ni?smbil mengetuk2 jari runcingnya ke meja. tiba- tiba muncul sahabatnya, sepeti kebiasaan tidak mengetuk dahulu terus menerjah seperti laku samseng."oi bro,aku tengok kau ni lain macam je 2-3 hari ni.what's going on?u r so not u.jom gi makan..aku nak korek sket rahsia kau ni"sambil tersengih.bangun malas,melangkah menuju pintu,mengerling jam. dah pukul 1 rupanya.dia tidak tahu berapa lama dia termenung smbil mengetuk2 jarinya ke meja..agaknya kalu meja tu boleh bercakap mesti sudah disergahnya..paling kurang meja tu akan berkata"oi,ko ni xde keje lain ke manusia?ko ingt badan aku ni apa,kayu"ah memang kayu pun..tersenyum sendiri dengan dialog gila yang direka.

di restoran, mereka berdua mengambil tempat yang agak tersorok.maklumlah yang sorang berangan nak jadi detektif mahu mengorek rahsia yang tak tahu hujung pangkalnya.'boleh ko bgtau aku ape yang mengganggu fikiran ko ni?aku tengok ko asyik termenung jew.chicks mana yang dah wat ko angau ni?setahu aku chicks yang ada depan mata kau xpernah wat kau smpai mcm ni sekali'.ujar izhar tanpa henti. 'kau ni iz..kalu dah boleh bercakap tak berhenti tau tak,bersembur2 makanan kau tu..silap2 ko telan jew makanan ko tu tanpa kunyah.betul x?'templak arul kepada rakannya izhar. ye la dah ko ni mcm orang sakit aku tnya la.salah kew?

arul merasakan memang wajar dia ceritakan semuanya kepada izhar,dengan harapan izhar ada penyelesaian kepada masalahnya.tapi semua itu harapan tinggal harapan.izhar bukan sahaja tidak membantu malah menambah beban kepalanya dengan menyatakan bahawa kemungkinan wanita yang berteleku di sejadah itu adalah hantu yang tidak tenang rohnya yang meminta arul mencari tubuhnya di mana-mana.kejam jugak si izhar ni,masalah yang ada ni tak selesai.dah tambah masalah baru.masalah takut hendak pulang ke rumah.kalau la membunuh itu bukan satu dosa,nescaya izharlah mangsa pertama arul.bingung,persoalan yang tidak terjawab,sedar2 sahaja arul sudah berada di rumah,rasa macam baru sekejap tadi dia bersama dengan izhar di gym.sekarang sudah smpai di rumah.wat to do.dah smpai rumah sendiri,tak kan nak merayap g rumah orang lain semata-mata kerana takut akan omongan kosong si izhar.

ah,semua masih sama.tapi kali ini yang berbeza dia cuba mendekati wanita tersebut,menampakkan susuk tubuh wanita yang bertelekung itu. sambil memegang al-quran. kebiasaannya dalam cerita-cerita di TV wanita yang muncul dalam mimpi si hero pasti cantik, menawan. tapi berbeza dengannya.wanita yang dihadapannya ini tidak terlalu cantik,tapi berwajah sedikit keanakan dan yang paing penting wanita ini bertubuh agak gempal.erm..bingung sekejap.wanita itu berpaling ke arahnya.dia masih boleh melihat air jernih di tubir mata wanita tersebut. dengan merasakan peluang sudah berada di depan mata dia memberanikan diri bertanya kepada wanita tersebut.

'err..awk ni hantu ke manusia?awk nak sy cr mayat awk kew?sebenarnya sy ni sibuk,banyak lagi drawing yang nak sy buat.kalau boleh jangan la masuk mimpi saya lagi.penat la sy asyik tak cukup tido jew.sorry k dan satu lagi kenapa awk selalu menangis?nanti boelh jadi buta tau tak'.sebegitu banyak soalan satu pun tidak dijawab malah wanita tersebut bertanya balik kepadanya,sampai bila mahu terus hidup begini?lalai dan alpa kepada sang pencipta, sepanjang hidupnya selama 27 tahun,hanya beberapa kali sahaja dia solat. itupun dia sudah lupa bila.mungkin zaman kanak2nya sahaja.bacaannya juga dia sudah lupa.rukunnya ada berapa?wudhu' pula bagaimana?

arghh..kalau berterusan begini boleh jadi gila di buatnya.kata2 wanita di dalm mimpinya itu sentiasa berlegar2 di kepala arul.puas dia cuba untuk melupakan kata2 wanita tersebut.tapi tak berjaya.malah kata2 wanita tersebut seperti ditekan butang replay berjuta kali.ah, tengok drawing untuk projek terbarunya masih juga belum terusik.ini semua perempuan itu punya pasal la.ngomel arul di dalam hati.tetapi jauh di lubuk hatinya dia ingin berjumpa lagi dengan perempuan tersebut. mahu bertanyakan namanya, di sebalik wajahnya yang lembut itu pasti ada nama yang indah.paling tidak nama yang baik-baik.seperti namanya,annas eizrul hariz. sedap bunyinya kan.tapi maksudnya dia tidak tahu.

awk x nak bgtau kew nama awk?sekurang-kurangnya sy boleh pgl awk dgn nama awk.senyuman dilemparkan oleh sang pemilik wajah keanakan yang lembut itu.tapi tubir matanya masih mengandungi air jernih.dia jugak bingung.asyik menangis jew perempuan ni.pe masalahnya ntah.dah2 la menangis tu.cube bercakap sket..

p/s: cerita ni dijumpai dalam lappy sengal niew..xtau bile aku tulis cerita niew..yang pasti..ahahaha..smpai la tahun niew aku x sambung2 lagi cerita ni..sesape ada idea boleh la sambung k!

0 comments: