BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, April 26, 2012

Miss Turtle? kejamnya Mr.Scorpio..or Mr. Hipo?ngeee

Assalamualaikum..
skali lagi penyengalan berlaku antara aku n dokto sengal..well..kali ni bkn dalam alam maya..tapi separuh maya..ngeee..kali ni bermsg..hampeh tol mamat niew..ada kew dia ckp aku niew miss turtle..coz aku lmbt reply msg...eee..yang dia msg 3 tahun skali tu x pe plak..kembang kempis hidung rase nk marah..rase nk tinju sebijik pun ada gak...sejak dari tu dia mula pgl aku miss turtle..ada satu msg tu dia ckp nasib g skolah 7.30..klu buatnya esok pagi bru siap cmne?g berak saje 3 jam..pilih tudung agy..pilih bju agy..huhuhu


begini kew?ahahhaha..kredit to google..


aku rase saat tu mcm nk goreng jew mamat niew..huhuhu..ari ni dia lapor diri kat tempat baru...aku yakin dgn muka fake dia g lapor diri..nak mintak senarai penternak kt daerah temrloh..ahahahah..cube menjadi serius di hari pertama..harap berjaya lew dgn lakonan mantap tahap gaban ti dokto ek..aku x thn betul dgn dia niew..bile aku cite dgn en.tunang..dia gelek jew..dia ckp betul pew..mmg ayang lambat siap pun an?bgus la tu jumpe kwn yg macam tu..same2 sengal..tgok sape menang an?ni sorg lagi rase nk kna tinju..ehhhhh..xboleh..nak kawin x lame dah niew...kang lebam mka..sanding x lawoo..huhuhuhu..

Sunday, April 22, 2012

muniam or bunian?

Assalamualaikum...

mungkin silap aku lew pakai serba putih hari ni...ahahah..there was an incident yang wat aku confuse..oppss..mulakan dulu dgn incident yang diselesaikan bonzer skolahku..sape agy kalu bukan Iruan n Din..sakit ati aku tadi..erm..lupakan..kang ckp aku tulis isu sensetip plak..ahahhah..so drama..al kisah aku masuk satu kelas niew..ada sorg budak India senyum2 kat aku..k dah selesai mengajar..aku tnya dia..

T: why r u look at me like that?is something wrong?
S: Tiada la cgu..hari ini awk bnyak cantik juga cgu..itu serupa mcm hantu..hihihi
T: hantu?mana ada hantu cantik dear oi..awk perli sy ek?
S: Teda cgu..sy betul2 juga punya ckp..sy mna ada tpu2 cgu..ada awk itu serupa hantu yg cantik..org melayu
    panggil muniam juga cgu..ada saya nampak itu dlm cerita petang2..itu nora danish belakon..
T: Muniam?adoi..Bunian la..confident jew ckp..mcm la pernah nmpk..huhuhu

kalu cantik mcm ni..bru lew boleh dikatakan bunian..ahahha..credit to google..
aku rasa nak tergelak pun ada..mcm la dia pernah jumpe..last skali dia ckp..sy tgok itu hantu cantik..mcm cgu..ahahahha..budak ni mmg teruk dah..bunian bukan hantu..erk..bukan kn?ahahhaha..cgu pun tak tau..lagi best..ngeh3..sempat terconfuse aku kt c2..ahahhaha...

Monday, April 9, 2012

dokto sengal vs cikgu sengal..mana lebih power..ahahhaha

assalamualaikum..

penanagn nescafe pada petang sabtu tu membuatkan aku berhalusinasi kejap..ahahaha...bukan berhalusinasi..tapi dah overdose..so aku dah x leh tdo..ape lagi la..mode bermain game mula menerjah fikira...ahahhaha..padahal memang dah lame x main game pown..pasal dah serik..lappy lame rosak pown sbb slalu main game...huhuhu..mencari2 joystick dalm kotak..adoi..sape la amik joystick aku niew..mmg nk kna lew org yang amik niew..tetibe tgn terpegang tali...owh joystick rupanya..ngeh3..dah dpt dosa kering an..nasib x sebut nma..klu sebut nma dah confirm2 dapat dosa..ermmm..huhuhu

sedang sibuk main GB dragon ballz..ah mati plop la..skill main game dah lame tak digilap..ahahhah...smbil main game sempat agy on9 segala jenis bnda yang melalaikan separti FB,YM,TAGGED bnda agy?Twitter xdop..pasal x pndai nk wat..ahahha..kantoi..2-3 round main dan mati..tergerak plak ati niew...ceh mcm dapat hidayah Allah plak bunyinya..aku approve lew sesape yang berkenan dihati di dalam tagged tu..done..dah siap approve..g fb lak..bwt bnda yg sme..ahahahha..mcm glemer jew an?ngeh3..pastu tetibe ada msg tagged masuk..

thanks for the aprove..aku pun say ok..xde hal punya..ngeh3..pastu aku terus main game lagi..as usual kalah agy..argh..lappy niew..kang cium dinding bru tau...ahahhaha..tapi tu gimik jew.. xde nyew nk tunjuk perasaan g2..masuk agy msg tagged..bz kew?kalu x bz jom chat..erm..aku pun terpikir..alang2 x leh tdo..chat jew la ngan mamat niew...bermula dgn kisah arnab aku..ahahha..rupa2nya dok haiwan mamat niew...

satu bnda yang aku suka dgn mamat poyo niew..mmg aku respek lew dgn kesengalan mamat niew..kami bercerita pasal arnab..pasal lembu..mcm2 agy ar..aku dpt tgok persamaan mamat niew dgn tunang aku..2-2 bukan jenis yang amik kesempatan..cool jew dgn kesengalannya..aahhahha..aku suka mamat niew..leh jd kwn gaduh n beradu kesengalan..mcm2 la yang kmi bualkan..sesekali aku gelak gak dgn cara mamat nie wckp..mmg jnis slumber gle ar..aku respek la dokto sorang niew..x mcm dokto2 lain yg aku kenal..cara ckp yg penuh dgn ilmiah yang aku pun x brape nk phm..tapi mamat niew dia terangkan pasal haiwan buatkan aku phm..even abh ensem aku pun akan phm kalu dia ckp..ahahhaha...

perbualan kami diteruskan..nak tau smpai kul bpe?ahhahah..ape?2.30pg..owh silap..smpai kul 6 pagi kmi bercerita..rase mcm lme dh kenal mamat niew..tapi aku rase perbualan kami x ubah mcm dokto sengal vs cikgu sengal..masing2 nk tau sape power..ahahhahha

Saturday, April 7, 2012

sebuah cinta dalam mimpi..

tersedar lagi dari mimpi..melihat jam di sebelah katil mewahnya..tepat jam 2.45pagi..ah waktu yang sama..mimpi yang sama..tetapi kadangkala dalam versi yang agak berbeza..wataknya juga sama..seorang perempuan..berteleku di dada sejadah..menangis hiba..sambil mendakap al quran..memandangnya dengan renungan penuh bermakna seperti mengharapkan sesuatu darinya..persoalan yang kerap kali muncul di benaknya..siapa perempuan itu?dia tidak pernah melihat wajah perempuan tersebut sebelum ini..mana tidaknya,semua perempuan yang dikenalinya jangankan al quran membaca bismillahnya jugak mungkin tidak pernah.bingung dalam konotasi yang mencengkam.cuba menyambung tidurnya tetapi tidak lena.


arghhh..smpai bila nak terus mcm ni?smbil mengetuk2 jari runcingnya ke meja. tiba- tiba muncul sahabatnya, sepeti kebiasaan tidak mengetuk dahulu terus menerjah seperti laku samseng."oi bro,aku tengok kau ni lain macam je 2-3 hari ni.what's going on?u r so not u.jom gi makan..aku nak korek sket rahsia kau ni"sambil tersengih.bangun malas,melangkah menuju pintu,mengerling jam. dah pukul 1 rupanya.dia tidak tahu berapa lama dia termenung smbil mengetuk2 jarinya ke meja..agaknya kalu meja tu boleh bercakap mesti sudah disergahnya..paling kurang meja tu akan berkata"oi,ko ni xde keje lain ke manusia?ko ingt badan aku ni apa,kayu"ah memang kayu pun..tersenyum sendiri dengan dialog gila yang direka.

di restoran, mereka berdua mengambil tempat yang agak tersorok.maklumlah yang sorang berangan nak jadi detektif mahu mengorek rahsia yang tak tahu hujung pangkalnya.'boleh ko bgtau aku ape yang mengganggu fikiran ko ni?aku tengok ko asyik termenung jew.chicks mana yang dah wat ko angau ni?setahu aku chicks yang ada depan mata kau xpernah wat kau smpai mcm ni sekali'.ujar izhar tanpa henti. 'kau ni iz..kalu dah boleh bercakap tak berhenti tau tak,bersembur2 makanan kau tu..silap2 ko telan jew makanan ko tu tanpa kunyah.betul x?'templak arul kepada rakannya izhar. ye la dah ko ni mcm orang sakit aku tnya la.salah kew?

arul merasakan memang wajar dia ceritakan semuanya kepada izhar,dengan harapan izhar ada penyelesaian kepada masalahnya.tapi semua itu harapan tinggal harapan.izhar bukan sahaja tidak membantu malah menambah beban kepalanya dengan menyatakan bahawa kemungkinan wanita yang berteleku di sejadah itu adalah hantu yang tidak tenang rohnya yang meminta arul mencari tubuhnya di mana-mana.kejam jugak si izhar ni,masalah yang ada ni tak selesai.dah tambah masalah baru.masalah takut hendak pulang ke rumah.kalau la membunuh itu bukan satu dosa,nescaya izharlah mangsa pertama arul.bingung,persoalan yang tidak terjawab,sedar2 sahaja arul sudah berada di rumah,rasa macam baru sekejap tadi dia bersama dengan izhar di gym.sekarang sudah smpai di rumah.wat to do.dah smpai rumah sendiri,tak kan nak merayap g rumah orang lain semata-mata kerana takut akan omongan kosong si izhar.

ah,semua masih sama.tapi kali ini yang berbeza dia cuba mendekati wanita tersebut,menampakkan susuk tubuh wanita yang bertelekung itu. sambil memegang al-quran. kebiasaannya dalam cerita-cerita di TV wanita yang muncul dalam mimpi si hero pasti cantik, menawan. tapi berbeza dengannya.wanita yang dihadapannya ini tidak terlalu cantik,tapi berwajah sedikit keanakan dan yang paing penting wanita ini bertubuh agak gempal.erm..bingung sekejap.wanita itu berpaling ke arahnya.dia masih boleh melihat air jernih di tubir mata wanita tersebut. dengan merasakan peluang sudah berada di depan mata dia memberanikan diri bertanya kepada wanita tersebut.

'err..awk ni hantu ke manusia?awk nak sy cr mayat awk kew?sebenarnya sy ni sibuk,banyak lagi drawing yang nak sy buat.kalau boleh jangan la masuk mimpi saya lagi.penat la sy asyik tak cukup tido jew.sorry k dan satu lagi kenapa awk selalu menangis?nanti boelh jadi buta tau tak'.sebegitu banyak soalan satu pun tidak dijawab malah wanita tersebut bertanya balik kepadanya,sampai bila mahu terus hidup begini?lalai dan alpa kepada sang pencipta, sepanjang hidupnya selama 27 tahun,hanya beberapa kali sahaja dia solat. itupun dia sudah lupa bila.mungkin zaman kanak2nya sahaja.bacaannya juga dia sudah lupa.rukunnya ada berapa?wudhu' pula bagaimana?

arghh..kalau berterusan begini boleh jadi gila di buatnya.kata2 wanita di dalm mimpinya itu sentiasa berlegar2 di kepala arul.puas dia cuba untuk melupakan kata2 wanita tersebut.tapi tak berjaya.malah kata2 wanita tersebut seperti ditekan butang replay berjuta kali.ah, tengok drawing untuk projek terbarunya masih juga belum terusik.ini semua perempuan itu punya pasal la.ngomel arul di dalam hati.tetapi jauh di lubuk hatinya dia ingin berjumpa lagi dengan perempuan tersebut. mahu bertanyakan namanya, di sebalik wajahnya yang lembut itu pasti ada nama yang indah.paling tidak nama yang baik-baik.seperti namanya,annas eizrul hariz. sedap bunyinya kan.tapi maksudnya dia tidak tahu.

awk x nak bgtau kew nama awk?sekurang-kurangnya sy boleh pgl awk dgn nama awk.senyuman dilemparkan oleh sang pemilik wajah keanakan yang lembut itu.tapi tubir matanya masih mengandungi air jernih.dia jugak bingung.asyik menangis jew perempuan ni.pe masalahnya ntah.dah2 la menangis tu.cube bercakap sket..

p/s: cerita ni dijumpai dalam lappy sengal niew..xtau bile aku tulis cerita niew..yang pasti..ahahaha..smpai la tahun niew aku x sambung2 lagi cerita ni..sesape ada idea boleh la sambung k!