BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, August 25, 2011

Tubuh Tua Itu..

Thursday, August 25,2011


aku bukan anak manja..aku bukan anak yang mewah diberikan apa sahaja..namun aku sndiri yang memanjakan diriku..mungkin terasa pelik dgn pernyataan itu..namun itulah kenyataannya. telah menjadi kebiasaanku apabila menjejakkan kaki ke rumah ibu bapaku rutin yang tidak pernah lekang ialah aku akan berbaring di sebelah tubuh tua itu. pada setiap tengah hari terutamanya hari sabtu..aku akan berbaring di sebelah tubuh tua itu.walau dia sering marah-marah namun aku tidak peduli kemarahannya..ah biarlah dia nak marah pun.
tabiat pulang ke rumah pada hari Jumaat membuatkan aku lapang pada tengah hari sabtu. aku berbaring lagi di sebelah tubuh tua itu. dia membuka matanya saat aku melabuhkan tubuhku di sisinya. kali ini berlainan. selalunya aku akan pura-pura tidur sambil melihat wajah si pemilih tubuh tua itu. tapi kali ini berlainan.sangat berlainan. si pemilik tubuh tua itu merenung seketika wajahku. selalunya aku akan mendengar dengusan darinya.tapi tidak kali ini.. berbeza kali ini.apabila aku membuka sedikit mataku..aku melihat ada cecair jernih dimata pemilik tubuh tua itu..aku bingung..aku keliru..mengapakah air jernih itu di situ?adakah dia kecewa denganku?

lantas aku beranikan diri bertnya kepada pemilik tubuh tua itu?mengapa ada cecair jernih di tubir matanya.walaupun matanya terpejam tetapi aku dapat melihat cecair jernih itu.selama aku mengenali pemilik tubuh tua itu dia seorang yang susah menangis.aku terkedu mendengar jawapan darinya.sungguh aku terharu..ya aku akui..memang aku menangis setelah mendengar penjelasannya.

"aku merenung wajah yang pura-pura terpejam di hadapanku ini...anak kecilku yang kini menginjak dewasa..anak kecilku yang berjaya melunturkan egoku..anak kecilku yang sedia meneruskan cita-citaku menjadi seorang guru..anak kecilku yang tidak pernah berubah kenakalannya..sembilan anakku belum ada lagi yang setanding anak kecilku ini..anak kecil yang tidak pernah kenal takut untuk berbaring manja di sebelahku..setiap kali kepulangannya..anak kecilku yang tidak penah putus asa mendengar dengusan dariku...malah anak kecil ini tetap berbaring walaupun sesekali mendengar marahku..anak kecil ini juga yang akan melawan kata-kataku jika ada yang tidak kena dengan suruhku..ah..anak kecil yang ini..selalu aku tertewas dengan pintanya..pandai dia meminta sehinggakan aku akan selalunya memberikan apa pintanya..anak kecil yang akan melakukan apa sahaja suruhku walau ada juga dengusan kasar..tapi lmbat atau cepat tetap juga dilakukan..anak kecil ini sudah dewasa tapi perangainya tidak pernah berubah"

aku bukan seorang yang pandai berkata-kata..menulis juga bukan bidangku.tapi apa yang dilalui ini amat membuatkan jiwaku tersentuh..sesungguhnya aku mau semua orang tahu..bahawa aku amat menyayangi pemilik tubuh tua itu..walau keras laku dan jiwanya aku tetap sayangkannya..

0 comments: