BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, March 24, 2010

Mutiara Itu


sekian lama tertunggu
sehingga aku merayu dalam sujudku
untuk kau memberikan rahmatmu
namun doaku tetap lesu

adakah ini kerana dosaku
sehingga doaku dipandang sepi olehmu ya Tuhanku
dengarkan la rintihan hambamu

setiap kali aku memijak bumimu
betapa aku rasakan tersiksanya kami tanpa rahmatmu
aku terus merayu Tuhanku..
kasihanilah hambamu..
dengarilah doaku..

malah Tuhanku..bukan aku sahaja yang berdoa kepdamu
rumput..pokok..batu dan semua ciptaanmu juga begitu
hadirkanlah rahmatmu tuhanku..
ampunkanlah segala dosa hambamu..

hari-hari kuhitung penuh sendu..
masih mengharapkan rahmatmu tuhanku..
akhirnya..terbukti tuhanku..
betapa pemurahnya dirimu..

mutiara jernih itu gugur jua akhirnya..
menghilangkan jenuh makhluk yang dahaga..
yang kering juga menjadi bertenaga..
yang sedih juga menjadi suka..

alhamdulilah..
mutiara jernih itu bukti kasihmu
belum lagi layu pada hambamu
ku bersyukur ya Tuhanku
moga mutiara jernih itu menjadi pengikat kasih antara aku dan dirimu..

0 comments: